Monday, February 22, 2010

Isnin, 22hb., Februari, 2010 10.15p.m

Dah pukul 10.15 malam. Anak-anak semua telah saya kerah untuk tidur. Esok pagi-pagi nak kena pergi sekolah. Tanpa tidur yang cukup pasti proses pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan sempurna.

Pagi tadi Si Bongsu bertanya dengan saya samada semasa saya bersekolah dulu, apakah subjek yang paling tidak saya gemari. ENGLISH. Kata saya. Sambil mengingati guru Bahasa Inggeris saya yang sangat garang. Apabila saya bertanya kepadanya pula apakah subjek yang dia tak suka." Pendidikan Islam!!!". "Kenapa?" Cikgunya garang macam orang gila. Cakap dengan suara yang kuat sehingga tak tau dia cakap atau menengking.

Saya dengar saja luahan hatinya. Namum apa yang paling memeranjatkan saya apabila dia berdoa alangkah baiknya jika tuhan matikan cikgu Pendidikan Islamnya itu. Saya bertanya lagi "kenapa BB begitu marah dengannya?" " Tak taulah, dia tak pernah senyum, kalau cakap suara dia macam guruh ". Dan memang saya ketahui Si Bongsu seorang yang sangat sensitif.

Saya cuba tenteramkan Si Bongsu. Saya katakan kepadanya, didalam dunia ini, ada berbagai jenis manusia. Ada yang baik, ada yang jahat, ada yang suka tersenyum ada yang sentiasa masam mencuka. Jadi dia kena belajar menerima guru Pendidikan Islam itu seadanya. Walaupun saya rasa sebagai guru dan pendidik lebih lebih lagi Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam dia perlulah menunjukkan contoh yang baik.


Saya pujuk lagi Si Bongsu, " Di dalam dunia ini sayang, cuma ibu saja yang akan menerima segala keburukan, kebaikan, kenakalan, kepandaian BB. "

Saya usap kepala Si Bongsu seperti tidak mahu membenarkan dia menjadi dewasa.

Si Bongsu saya peluk seerat-eratnya seperti saya tidak mahu lepaskan dia
sampai
bila-bila.........

No comments:

Post a Comment