Tuesday, March 2, 2010

2hb., March, 2010 - 8.45 am.

Lebih kurang seminggu tidak berkesempatan untuk mengemaskini blog saya. Jadual sangat sibuk pada hari persekolahan. Manakala Sabtu dan Ahad pula, computer fully occupied.

Semua kerja-kerja rumah perlu diselesaikan mengikut waktu.
TOLONG!!! I NEED SOME HELP HERE!!! Well, nobody hear me. Tak apa kita kena kuatkan semangat. CHAIYO! Mesti bersemangat hadapi cabaran. Apa yang penting KERJASAMA!!!

13hb., March,2010 anak saudara sulung dari kakak sulung akan bernikah. Persiapan bakal pengantin semua sudah siap. Barang hantaran, mas kahwin, duit hantaran juga sudah sedia.

Cuma emak pengantin (kakak saya) saja yang masih di hospital. Belum dibenarkan keluar dari hospital setelah menjalani pembedahan membuang batu karang di buah pinggang.

Oleh kerana kami berdua sahaja adik beradik perempuan, (dari 4 beradik) maka saya dipertanggungjawabkan untuk mengambil alih tugasnya. Sudah tentu di dapur.
TOLONG!!! DAPUR LAGI!!!

Ini adalah satu tugas yang amat menakutkan saya. Jika disebelah suami, walaupun usia saya sudah cukup tu unuk mengendalikan tugasan berat (jaga dapur juga) tetapi memandangkan suami saya adalah anak ke 10 dari 13 orang adik beradik, maka tugasan-tugasan ini dilakukan oleh
kakak-kakak ipar dan biras saya yang rata-rata umur mereka lebih tua dari saya.

Kerja saya hanya menyambut tetamu dan sibukkan hal suami dan anak-anak saja.
Bolehkah saya memikul tanggungjawab ini? Saya berdoa agar kakak saya cepat sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital secepat mungkin.

Walaupun dia tidak boleh melakukan kerja-kerja ringan sekalipun, tetapi sebagai tuan rumah dia harus ada bersama-sama saya untuk menyempurnakan majlisnya itu.

Sokongan dari suami dan anak-anak amatlah diperlukan. Kerana saya tak tahu apa yang perlu saya lakukan.


TOLONG!!!

Monday, February 22, 2010

Isnin, 22hb., Februari, 2010 10.15p.m

Dah pukul 10.15 malam. Anak-anak semua telah saya kerah untuk tidur. Esok pagi-pagi nak kena pergi sekolah. Tanpa tidur yang cukup pasti proses pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan sempurna.

Pagi tadi Si Bongsu bertanya dengan saya samada semasa saya bersekolah dulu, apakah subjek yang paling tidak saya gemari. ENGLISH. Kata saya. Sambil mengingati guru Bahasa Inggeris saya yang sangat garang. Apabila saya bertanya kepadanya pula apakah subjek yang dia tak suka." Pendidikan Islam!!!". "Kenapa?" Cikgunya garang macam orang gila. Cakap dengan suara yang kuat sehingga tak tau dia cakap atau menengking.

Saya dengar saja luahan hatinya. Namum apa yang paling memeranjatkan saya apabila dia berdoa alangkah baiknya jika tuhan matikan cikgu Pendidikan Islamnya itu. Saya bertanya lagi "kenapa BB begitu marah dengannya?" " Tak taulah, dia tak pernah senyum, kalau cakap suara dia macam guruh ". Dan memang saya ketahui Si Bongsu seorang yang sangat sensitif.

Saya cuba tenteramkan Si Bongsu. Saya katakan kepadanya, didalam dunia ini, ada berbagai jenis manusia. Ada yang baik, ada yang jahat, ada yang suka tersenyum ada yang sentiasa masam mencuka. Jadi dia kena belajar menerima guru Pendidikan Islam itu seadanya. Walaupun saya rasa sebagai guru dan pendidik lebih lebih lagi Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam dia perlulah menunjukkan contoh yang baik.


Saya pujuk lagi Si Bongsu, " Di dalam dunia ini sayang, cuma ibu saja yang akan menerima segala keburukan, kebaikan, kenakalan, kepandaian BB. "

Saya usap kepala Si Bongsu seperti tidak mahu membenarkan dia menjadi dewasa.

Si Bongsu saya peluk seerat-eratnya seperti saya tidak mahu lepaskan dia
sampai
bila-bila.........

Isnin, 22hb., Februari,2010

3 dari 4 orang anak telah pun ke sekolah. Seawal pukul 5.20 pagi saya telah bangun untuk menyediakan sarapan mereka. Van sekolah mereka datang pada tepat pukul 6.30 pagi.
Memang masih awal lagi tetapi kami memilih 'Pak Mahat' juga kerana sikap nya yang bertanggungjawab.

Dia sentiasa memastikan anak-anak saya sampai ke sekolah dengan selamat. Dan satu hal mengenai 'Pak Mahat', pukul berapa pun anak-anak kami balik dari sekolah (jika ada kelas tambahan atau pun aktiviti ko-kurikulum) dia tetap sabar melayan kerenah anak-anak kami. TERIMA KASIH PAK MAHAT.

Si abang (anak ke 2) pagi tadi beritahu saya, adik nya yang bongsu malam tadi semasa nak tidur menanggis. Bila di tanya si adik berkata ada sesuatu yang tak kena dihatinya. Sesuatu yang tak baik akan berlaku esok (hari ini). Saya memang dah arif mengenai hal ini. Sesuatu yang tak baik akan berlaku hari ini adalah 'SEKOLAH'

Kesemua anak-anak saya sehingga kini tidak suka dengan sekolah. Saya tak tahu apakah sebabnya. Bukan ada masaalah dengan kawan-kawan. Mereka juga mempunyai hubungan yang baik dengan guru-guru.

Akademik tidak ada masaalah. Keputusan ujian dan peperiksaan ok. Tak tahulah apa yang mereka rasa memasa hendak ke sekolah. Anak ke 2 dan ke 3 malam semalam sudah mula sakit perut dan muntah-muntah. Tak perlu tanya lagi. Jawapannya sudah pasti SEKOLAH.

Anak sulung mendapat tawaran ke Sekolah Tun Fatimah semasa naik ke Ting. 4, walaupun tidak pernah memohon. Tetapi dia menolak kerana tidak mahu berjauhan dengan keluarga. Katanya dia akan keluar rumah apabila sampai masanya.

Si abang dengan keputusan PMR tempohari, ditawarkan ke MRSM Muar, juga tak mahu pergi. Sebabnya juga sama "nanti bila dah tak ada pilihan dia akan keluar dari rumah. Sekarang dia masih boleh buat pilihan sama ada nak ke MRSM ataupun tidak"

Si adik no 3, ditawarkan ke sekolah premier juga tak mahu pergi atas alasan yang sama. NAK DEKAT DENGAN KAKAK DAN ABANG. Hah, payah juga budak-budak ni. Tapi saya pun suka juga.Apa saya nak buat kalau semua anak-anak sayatinggal di asrama.

Ok. Dah sampai masa buat kerja rumah. Nak masak, kemas rumah, beli sarapan, pergi kedai cari lauk dll.

Sunday, February 21, 2010

Ahad, 21hb., Februari, 2010

Esok anak-anak akan mula bersekolah setelah bercuti selama seminggu sempena Tahun Baru Cina. Saya telah memastikan semua kerja sekolah serta tugasan yang diberikan oleh guru telah diselesaikan oleh anak-anak.

Baju sekolah telah digosok oleh mereka kecuali anak yang bongsu kerana saya merasakan dia agak kecil lagi untuk menggunakan seterika. Baju dan seluar suami juga saya yang gosok sendiri.

Bila anak-anak dah besar ni walaupun kadang-kadang kerja yang mereka buat tu tak sempurna tapi tidak dinafikan memang cukup membantu.

Suami pula memang suka membantu. Lebih-lebih lagi dalam hal membasuh baju.
MESIN BASUH!!! Anyway, TERIMA KASIH, SUAMI. Walaupun sakit mata memandang cara dia menyidai baju. Kalau saya yang menyidai saya akan mengebas-ngebas dahulu baju sebelum disidai supaya tidak berkedut-kedut. Kalau dia, Ahh! faham sajalah. TETAPI itu tidak menjadi hal. Dia nak tolong dah syukur sangat.

Suami seorang yang tidak banyak cerita dan tidak cerewet tentang rumah, makanan. Kalau rumah bersepah pun tak apa. Asalkan saya tidak membebel... Masak apa saja dia makan asalkan lauk tengahari dan lauk malam tidak sama.

Tidak cerewet tentang baju asalkan setiap hari dari baju hinggalah stokin dia dan anak-anak berganti. Sentiasa berkompromi mengenai fesyen saya asalkan tudung saya labuh sehingga menutupi perut.

Anak perempuannya boleh memilih untuk tidak memakai tudung tetapi tidak boleh memakai pakaian menjolok mata. Tidak boleh memakai T-shirt singkat serta seluar pendek.

Anak-anak lelakinya juga diberi kebebasan berkawan asalkan dia tidak pergi ke rumah kawan-kawannya dan kawan-kawannya juga tidak dibenarkan datang ke rumah.

Satu saja yang suami tidak boleh kompromi 'SOLAT'.

Tengok wayang boleh, kalau saya dan suami hendak menonton cerita yang sama, kami pun pergi bersama anak-anak. Kalau cerita remaja seperti 'New Moon','Percy Jackson' dan entah apa-apa lagi kami biarkan mereka 4 beradik pergi sendiri. Naik teksi. Kalau rajin nanti lepas habis 'movie' ayahnya akan ambil. Kalau tidak, balik dari 'movie' pun naik teksi.

TEKSI!!! TAMBANG TEKSI SANGAT MAHAL!!!

Kami surirumah melihat ia sebagai sangat membebankan. Lama kelamaan orang ramai akan memilih untuk tidak menggunakan pengangkutan awam ini. Dan akibatnya syarikat-syarikat teksi ini akan mengalami kerugian. Bayangkan 'call' + buka pintu teksi dah RM5.00 , belum dicampur dgn km destinasi kita... Kerajaan perlu berbuat sesuatu untuk masaalah ini...

Ok. Nak pergi pasar. Dah nak sediakan hidangan tengahari pulak.

Saturday, February 20, 2010

Sabtu (malam : 11.15 p.m)

Baru boleh gunakan komputer. Waktu lain komputer ini ' fully occupied ' by my children.

Lepas isyak, tengok baju 2 bakul belum di lipat: baju saya dan suami dilipat.
Baju anak-anak mereka cuma perlu gantungkan di dalam ' wardrobe ' sahaja. Itu pun setelah disuruh beberapa kali barulah mereka buat. Sehingga hampir tiada baju didalam
"wardrobe' lagi, barulah mereka sibuk (itu pun setelah dibebel) menggantung baju masing-masing.

Suami melarang saya mengemaskan untuk mereka kerana katanya dia tak tahan dengar leteran saya. Katanya biarkan saja baju budak-budak tu. Dia tak mahu saya penat kerana jika saya penat, saya akan membebel. Satu hal yang dia cukup tidak gemar. Biarlah rumah bagai dilanda garuda atau pun anak-anak bising dia tak kisah asalkan saya tidak membebel.

Kadang-kadang hairan melihat suami, dari mana dia mempunyai jiwa yang KENTAL menghadapi kerenah anak-anak yang setiap hari ada saja hal yang digaduhkan.

Tapi sesuatu yang menghairankan mengenai anak-anak ini walau macam mana garang pun saya, mereka tetap takut dengan ayahnya.

Ada satu ketika masa tu anak kedua saya berusia lebih kurang 10 tahun. Tak tahan dengan kenakalan nya saya pukul dia dengan hanger. Menangis. Kesian pulak. Tapi saya tahan hati saya untuk tidak memujuknya. 5 minit kemudian dia datang dekat saya sambil bertanya " ibu masak apa hari ni?" Laaa...

Ok. Masa untuk tidur. Jumpa lagi esok....

Sabtu 20hb.,Februari, 2010

Masih tidak boleh solat lagi, jadi boleh bermalas-malasan. Bangun lambat sedikit.Malam semalam kena tegur dengan suami kerana basuhkan kasut anak-anak. Macam mana tidak" tolong" kalau keadaan kasut yang telah dibersihkan masih sama keadaannya ketika di masukkan ke dalam baldi.

Dua daripada empat anak memakai kasut berwarna putih (tingkatan 1 dan darjah 2). Dua lagi memakai kasut hitam- pengawas. {tingkatan 5 (perempuan) dan tingkatan 4 (lelaki)} Yang pakai kasut putih ini pun dua-dua lelaki. Bayangkanlah betapa kotornya mereka ini termasuk anak sulung yang perempuan tu. Kata anak yang sulung " it runs in the family" Dia yang malas, kata keturunan pulak. Ada yang basuh kasut guna sponge basuh pinggan dah tingkatan 1. Masih tak boleh fikir lagi, sponge tu untuk apa. Anak- anak. Macamana kalau dah keluar rumah, semua nak kena uruskan sendiri. SEDIHNYA, bila fikirkan. Macam tak nak kasi belajar jauh dari kita.

Sekarang ada tugasan yang perlu diuruskan. MASAK . Takut suami dan anak mati kebelai ibu pula sibuk BERBLOGGING... :)