Saturday, February 20, 2010

Sabtu (malam : 11.15 p.m)

Baru boleh gunakan komputer. Waktu lain komputer ini ' fully occupied ' by my children.

Lepas isyak, tengok baju 2 bakul belum di lipat: baju saya dan suami dilipat.
Baju anak-anak mereka cuma perlu gantungkan di dalam ' wardrobe ' sahaja. Itu pun setelah disuruh beberapa kali barulah mereka buat. Sehingga hampir tiada baju didalam
"wardrobe' lagi, barulah mereka sibuk (itu pun setelah dibebel) menggantung baju masing-masing.

Suami melarang saya mengemaskan untuk mereka kerana katanya dia tak tahan dengar leteran saya. Katanya biarkan saja baju budak-budak tu. Dia tak mahu saya penat kerana jika saya penat, saya akan membebel. Satu hal yang dia cukup tidak gemar. Biarlah rumah bagai dilanda garuda atau pun anak-anak bising dia tak kisah asalkan saya tidak membebel.

Kadang-kadang hairan melihat suami, dari mana dia mempunyai jiwa yang KENTAL menghadapi kerenah anak-anak yang setiap hari ada saja hal yang digaduhkan.

Tapi sesuatu yang menghairankan mengenai anak-anak ini walau macam mana garang pun saya, mereka tetap takut dengan ayahnya.

Ada satu ketika masa tu anak kedua saya berusia lebih kurang 10 tahun. Tak tahan dengan kenakalan nya saya pukul dia dengan hanger. Menangis. Kesian pulak. Tapi saya tahan hati saya untuk tidak memujuknya. 5 minit kemudian dia datang dekat saya sambil bertanya " ibu masak apa hari ni?" Laaa...

Ok. Masa untuk tidur. Jumpa lagi esok....

No comments:

Post a Comment