Monday, February 22, 2010

Isnin, 22hb., Februari,2010

3 dari 4 orang anak telah pun ke sekolah. Seawal pukul 5.20 pagi saya telah bangun untuk menyediakan sarapan mereka. Van sekolah mereka datang pada tepat pukul 6.30 pagi.
Memang masih awal lagi tetapi kami memilih 'Pak Mahat' juga kerana sikap nya yang bertanggungjawab.

Dia sentiasa memastikan anak-anak saya sampai ke sekolah dengan selamat. Dan satu hal mengenai 'Pak Mahat', pukul berapa pun anak-anak kami balik dari sekolah (jika ada kelas tambahan atau pun aktiviti ko-kurikulum) dia tetap sabar melayan kerenah anak-anak kami. TERIMA KASIH PAK MAHAT.

Si abang (anak ke 2) pagi tadi beritahu saya, adik nya yang bongsu malam tadi semasa nak tidur menanggis. Bila di tanya si adik berkata ada sesuatu yang tak kena dihatinya. Sesuatu yang tak baik akan berlaku esok (hari ini). Saya memang dah arif mengenai hal ini. Sesuatu yang tak baik akan berlaku hari ini adalah 'SEKOLAH'

Kesemua anak-anak saya sehingga kini tidak suka dengan sekolah. Saya tak tahu apakah sebabnya. Bukan ada masaalah dengan kawan-kawan. Mereka juga mempunyai hubungan yang baik dengan guru-guru.

Akademik tidak ada masaalah. Keputusan ujian dan peperiksaan ok. Tak tahulah apa yang mereka rasa memasa hendak ke sekolah. Anak ke 2 dan ke 3 malam semalam sudah mula sakit perut dan muntah-muntah. Tak perlu tanya lagi. Jawapannya sudah pasti SEKOLAH.

Anak sulung mendapat tawaran ke Sekolah Tun Fatimah semasa naik ke Ting. 4, walaupun tidak pernah memohon. Tetapi dia menolak kerana tidak mahu berjauhan dengan keluarga. Katanya dia akan keluar rumah apabila sampai masanya.

Si abang dengan keputusan PMR tempohari, ditawarkan ke MRSM Muar, juga tak mahu pergi. Sebabnya juga sama "nanti bila dah tak ada pilihan dia akan keluar dari rumah. Sekarang dia masih boleh buat pilihan sama ada nak ke MRSM ataupun tidak"

Si adik no 3, ditawarkan ke sekolah premier juga tak mahu pergi atas alasan yang sama. NAK DEKAT DENGAN KAKAK DAN ABANG. Hah, payah juga budak-budak ni. Tapi saya pun suka juga.Apa saya nak buat kalau semua anak-anak sayatinggal di asrama.

Ok. Dah sampai masa buat kerja rumah. Nak masak, kemas rumah, beli sarapan, pergi kedai cari lauk dll.

No comments:

Post a Comment