Sunday, February 21, 2010

Ahad, 21hb., Februari, 2010

Esok anak-anak akan mula bersekolah setelah bercuti selama seminggu sempena Tahun Baru Cina. Saya telah memastikan semua kerja sekolah serta tugasan yang diberikan oleh guru telah diselesaikan oleh anak-anak.

Baju sekolah telah digosok oleh mereka kecuali anak yang bongsu kerana saya merasakan dia agak kecil lagi untuk menggunakan seterika. Baju dan seluar suami juga saya yang gosok sendiri.

Bila anak-anak dah besar ni walaupun kadang-kadang kerja yang mereka buat tu tak sempurna tapi tidak dinafikan memang cukup membantu.

Suami pula memang suka membantu. Lebih-lebih lagi dalam hal membasuh baju.
MESIN BASUH!!! Anyway, TERIMA KASIH, SUAMI. Walaupun sakit mata memandang cara dia menyidai baju. Kalau saya yang menyidai saya akan mengebas-ngebas dahulu baju sebelum disidai supaya tidak berkedut-kedut. Kalau dia, Ahh! faham sajalah. TETAPI itu tidak menjadi hal. Dia nak tolong dah syukur sangat.

Suami seorang yang tidak banyak cerita dan tidak cerewet tentang rumah, makanan. Kalau rumah bersepah pun tak apa. Asalkan saya tidak membebel... Masak apa saja dia makan asalkan lauk tengahari dan lauk malam tidak sama.

Tidak cerewet tentang baju asalkan setiap hari dari baju hinggalah stokin dia dan anak-anak berganti. Sentiasa berkompromi mengenai fesyen saya asalkan tudung saya labuh sehingga menutupi perut.

Anak perempuannya boleh memilih untuk tidak memakai tudung tetapi tidak boleh memakai pakaian menjolok mata. Tidak boleh memakai T-shirt singkat serta seluar pendek.

Anak-anak lelakinya juga diberi kebebasan berkawan asalkan dia tidak pergi ke rumah kawan-kawannya dan kawan-kawannya juga tidak dibenarkan datang ke rumah.

Satu saja yang suami tidak boleh kompromi 'SOLAT'.

Tengok wayang boleh, kalau saya dan suami hendak menonton cerita yang sama, kami pun pergi bersama anak-anak. Kalau cerita remaja seperti 'New Moon','Percy Jackson' dan entah apa-apa lagi kami biarkan mereka 4 beradik pergi sendiri. Naik teksi. Kalau rajin nanti lepas habis 'movie' ayahnya akan ambil. Kalau tidak, balik dari 'movie' pun naik teksi.

TEKSI!!! TAMBANG TEKSI SANGAT MAHAL!!!

Kami surirumah melihat ia sebagai sangat membebankan. Lama kelamaan orang ramai akan memilih untuk tidak menggunakan pengangkutan awam ini. Dan akibatnya syarikat-syarikat teksi ini akan mengalami kerugian. Bayangkan 'call' + buka pintu teksi dah RM5.00 , belum dicampur dgn km destinasi kita... Kerajaan perlu berbuat sesuatu untuk masaalah ini...

Ok. Nak pergi pasar. Dah nak sediakan hidangan tengahari pulak.

No comments:

Post a Comment